Gembira masih dapat timang cahaya mata lagi pada usia lewat
Premium
Gembira masih dapat timang cahaya mata lagi pada usia lewat
May 27, 2016 | 5:30 AM
KEJUTAN MANIS: Cik Noryanti Mohamed Yahya dan suaminya, Encik Muhamad Noor Asmain, kedua-duanya 42 tahun, dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nayra Amyra (kiri), sebulan lebih; dan Aysha Amyra, setahun lima bulan, setelah menjangkau usia 40 tahun. - Foto SHAKIR SAIFUDDIN -
CIK Noryanti Mohamed Yahya bernikah dengan Encik Muhamad Noor Asmain tiga tahun lalu apabila kededuanya berusia 39 tahun.
Disebabkan usia yang agak matang, mereka sedar peluang mereka mendapat cahaya mata agak tipis, lalu enggan meletak harapan tinggi akan mendengar hilai tawa bayi di flat empat bilik mereka di Choa Chu Kang.

