Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gen Z seronok guna kamera analog masa cuti

Oct 29, 2023 | 05:30 AM



Ia merupakan suatu yang istimewa untuk mengabadikan kenangan percutian demi berkongsi pengalaman bersama keluarga dan rakan-rakan, sambil mengimbas kembali pengembaraan.

Walaupun ramai golongan Gen Z sentiasa menggunakan telefon tetapi menurut tinjauan Skyscanner, agensi kembara global, trend semasa menunjukkan golongan muda hari ini kembali ke arah pengembaraan old school, di mana mereka lebih berminat menggunakan kamera analog dan meletak tepi peranti digital mereka untuk mengambil gambar.


Menurut dapatan yang dikongsikannya dengan pihak media pada 18 Oktober lalu, didapati 19 peratus pengembara Singapura berusia 18 hingga 24 tahun membawa kamera Polaroid bersama mereka semasa bercuti.

Kebanyakan pelancong akan sama ada membawa kamera filem, kamera pakai buang serta kamera Polaroid sebagai barang yang mesti ada dalam senarai pelancongan mereka.

Percutian sering kali menjadi pengembaraan yang menyeronokkan yang penuh dengan pengalaman yang luar biasa.

Bercuti dengan kamera memberi peluang keemasan untuk merakam masa, tempat, acara dan interaksi tersebut dengan cara yang menarik dan unik.

Dengan adanya kamera, mereka boleh mencatatkan perjalanan di seluruh dunia secara visual.

Ramai pelancong muda sering memetik gambar semasa dalam perjalanan seperti bangunan hotel, papan tanda bandar, papan tanda jalan, cuaca dan orang ramai.

Mencari kamera pakai buang adalah mudah di Singapura dan di negara tertentu dengan kebanyakan kedai pemprosesan kamera dan filem menjualnya.

Antara jenama terkenal yang menghasilkan kamera pakai buang ialah Kodak.

Dengan kamera filem, gambar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri vintaj yang cantik dan tidak perlu diubah suai daripada imej asal.

Lebih-lebih lagi, pengguna tidak dapat melihat gambar itu dengan segera lantas memberi satu pengalaman yang sangat menggembirakan. Jadi menangguhkan kepuasan menjadikannya lebih istimewa bagi ramai pengguna.

Hari ini, ramai anak muda mempunyai akaun media sosial yang berasingan di platform seperti Instagram, terutamanya untuk menyiarkan gambar khusus yang diambil menggunakan kamera mereka.







Walaupun telefon boleh diakses semasa perjalanan dan mudah digunakan untuk mengambil gambar, ia sering dipenuhi dengan imej yang tidak begitu bermakna dan mudah dibuang.

Kamera khusus akan membantu memastikan setiap tangkapan foto itu bermakna.

Gambar sering akan memberitahu orang ramai tentang perkara yang penting kepada individu yang menangkapnya, di samping membenarkan individu itu berkongsi pengalamannya ia juga peluang untuk mengamalkan satu bentuk kesenian.

Oleh itu, keseluruhan tumpuan mereka akan tertumpu pada keindahan tempat itu dan perkara-perkara yang pastinya memerlukan perhatian.

Tidak kira apa jenis kamera yang digunakan oleh pelancong muda, sebab akhirnya mereka akan berasa seronok merakam detik-detik yang indah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >