Topic followed successfully
Go to BHku'Getai' SkillsFuture untuk penduduk Bukit Panjang
Premium
'Getai' SkillsFuture untuk penduduk Bukit Panjang
Dec 19, 2017 | 5:30 AM
'Getai' SkillsFuture untuk penduduk Bukit Panjang

GETAI BERMAKNA: Sebuah sketsa yang dipersembahkan oleh (dari kiri) Encik Hao Hao, Cik Liu Ling Ling, Cik Guo Min, Encik Sam Loo dan Encik Wang Weiliang, semasa persembahan awam di "SkillsFuture Roadshow @ Bukit Panjang" pada 7 Disember lalu. - Foto THE STRAITS TIMES -
SATU persembahan 'getai' di Pending Road pada malam Ahad lalu seperti biasa mengandungi aksi panggung Cina yang biasa iaitu pelbagai gerak tari, repertoir dengan ketajaman akal, lawak hambar serta lagu popular, lapor akhbar The Straits Times.
Bagaimanapun, seiring unsur hiburan, pertunjukan awam berwarna-warni dan riuh-rendah di kawasan kejiranan Bukit Panjang itu mengandungi mesej serius iaitu untuk mempersiapkan rakyat Singapura bagi menghadapi ekonomi masa depan.

