Mereka menyertai bidang rekaan fesyen kerana minat mencipta dan mencorak busana indah lagi mampu mencetus keyakinan diri sang pemakai. Namun, di luar dugaan dua pereka fesyen tempatan berikut, selebriti terkenal memilih menggayakan fesyen ciptaan mereka di acara gah seperti konsert dan majlis penyampaian anugerah. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.

JERIH payah kehidupan sang ayah yang berhempas-pulas bertugas sebagai tukang sabit membuat Encik Yusuf Surip lebih cekal menangani pasang surut kerjaya sepanjang tiga dekad sebagai pereka fesyen.