Premium
Gigi terus tersenyum dengan tenaga meluap-luap
Jul 19, 2018 | 5:30 AM
MASIH KEKAL BERTENAGA: Vokalis Gigi, Armand Maulana, yang terkenal kerana karismanya, terus menyanyi penuh semangat meskipun ruang Dewan Konsert di Esplanade tidak penuh. - Foto JACK YAM BUAT ESPLANADE -
SEMANGAT Armand Maulana dari kumpulan pop rok Indonesia, Gigi, tidak pudar, meskipun jumlah penonton yang mengisi ruang Dewan Konsert Esplanade tempoh hari tidak seramai yang dijangka.
"Soraklah, pekiklah...bayangkan ada 2,500 orang dalam panggung ini," selorohnya diiringi derai tawa peminat setia yang nampaknya tidak sabar menanti lagu 'hit' Gigi berkumandang.

