PEMAIN gitar terkenal kumpulan Wings, Joe, berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan telah meninggalkan kumpulan Wings.

Namun, kata Joe, beliau tidak berhasrat kembali bersatu dengan Wings kerana berasa sudah tiba masanya beliau memberi tumpuan kepada perkara lain, termasuk kumpulan barunya, Prime Domestic.