PENYANYI, gitaris dan penggubah lagu Sweden, Per Gessle, yang menganggotai band rok Roxette akur tiada yang dapat menggantikan sahabatnya, Marie Fredriksson, yang meninggal dunia pada 9 Disember 2019 kerana barah otak.

Selama lebih 23 tahun (antara 1986 dengan 2019) mereka memperjuangkan lagu cinta dari It Must Have Been Love, Spending My Time hinggalah The Look, Gessle akur ia adalah tempoh bak di alam fantasi yang sangat menyeronokkan.