Topic followed successfully
Go to BHkuGrammy rai hari lahir legenda Diana Ross
Premium
Grammy rai hari lahir legenda Diana Ross
Feb 12, 2019 | 5:30 AM
Grammy rai hari lahir legenda Diana Ross
DIANA ROSS: Walaupun bukan rezekinya meraih sebarang Anugerah Grammy meskipun dicalonkan 12 kali, penganjur majlis tetap menghargainya menerusi satu segmen khas yang meraikan hari lahirnya yang ke-75 serta lagu-lagunya dalam Anugerah Grammy semalam. - Foto AFP -
NAMA legenda muzik Diana Ross yang mempopularkan lagu cinta Endless Love (bersama Lionel Richie) dan Do You Know Where You're Going To (lagu tema filem Mahogany) memang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Penyanyi kelahiran Detroit, Michigan di Amerika Syarikat itu pernah disampaikan dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada Anugerah Grammy ke-55.
