Mereka menyinari kaca televisyen ataupun menjayakan acara di luar berbekalkan minat dan kemahiran menyanyi, berlakon mahupun mengacara. Di sebalik kejayaan yang dikecapi, inspirasi hidup tiga bakat remaja ini diraih daripada guru yang banyak memberi mereka ruang menjadi diri sendiri di samping menerapkan nilai positif. Sempena Hari Guru yang bakal menjelang pada 4 September ini, BERITA HARIAN melaporkan kisah guru teladan buat artis remaja ini.

SETIAP kali penyanyi remaja, Syah Riszuan Huslan tarik suara merdunya, ramai yang terkesima dek penjiwaannya yang baik.