Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

GV8: Aliff Aziz sekali lagi di tangga pertama malah pertingkat markah capai 81 peratus

GV8
Nov 29, 2021 | 02:12 AM



DENGAN menyanyikan lagu syahdu band Indonesia, Padi, Kasih Tak Sampai, penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz, sekali lagi memukau perhatian pengadil Gegar Vaganza 8 (GV8) dengan meraih markah tertinggi dalam pertandingan realiti berkenaan.



Aliff, 30 tahun, malah mempertingkatkan persembahannya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), berbanding minggu lalu dengan peningkatan markah daripada 74.6 peratus minggu lalu kepada 81 peratus pada Ahad (28 November)



Beliau menutup tirai peraduan dengan gemersik suaranya menusuk kalbu ketika waktu hampir mencecah tengah malam.



"Persembahan anda sangat dinamis...saya tak pernah tengok persembahan seperti ini. Auranya lain. Tapi saya serahkan pada penyanyi (Hetty Koes Endang) untuk komen," jelas ketua juri, Datuk Ramli MS.



Hetty juga akur penjiwaan dan penceritaan Aliff dapat dirasakan dalam persembahan yang dianggap gah di malam hari. Lagu band Padi itu, kata Hetty, bukan mudah untuk dinyanyikan kerana banyak penjiwaan diperlukan.



Beliau yang membahasakan dirinya sebagai 'Bonda' bagaimanapun mengharapkan Aliff akan memberi lebih lagi pada minggu-minggu mendatang dan tidak mudah berpuas hati dengan persembahannya.



Aliff, sebelum itu, memenangi Anugerah Betul-Betul Luar Biasa dan membawa pulang RM1,000 ($323.45) hasil undian peminat.



Saingan terdekatnya, Adibah Noor, 51 tahun, yang menyanyikan lagu Rahim Maarof, Istana Menanti, dengan versi dan auranya tersendiri berada di tempat kedua seperti minggu lalu dengan 72.8 peratus.



Di tempat ketiga, Nikki Palikat (71.7 peratus) disusuli dengan Suki Low di tempat keempat (69.7 peratus); Upiak Isil di tempat kelima (69.6 peratus); SA.YA di tempat keenam (66.2 peratus); Aweera di tempat ketujuh (64.7 peratus); Shidee di tempat kelapan (61.1 peratus); Bandi Amuk di tempat kesembilan (60.8 peratus); Azan Scan di tempat ke-10 (60 peratus); Ani Maiyuni di tempat ke-11 (56.7 peratus); Datuk Fazley Yaakob di tempat ke-12 (56 peratus) dan kumpulan Nico G di tempat ke-13 (52.9 peratus).



Warganet dan selebriti memuji persembahan Aliff dan Adibah dalam ciapan Twitter mereka.



"Aliff ni pun sedap malam ni. Saya rasa salah satu peserta yang dijamin masuk peringkat akhir. Kenapalah dulu tak nyanyi lagu macam ni? Bagus...bagus..." tulis pengarah Michael Ang.



Pengacara Datuk Aznil Nawawi pula mengirim ciapan: "Mengharapkan Aliff dan Adibah sebagai Juara GV8."



Warganet Chuckle Finster pula memuatnaikkan pesanan Twitter: "Aliff Aziz telah membuktikan bahawa beliau adalah penyanyi yang hebat dari dahulu sampai sekarang, sebab itu beliau memenangi peraduan menyanyi di Singapura. Mudah-mudahan sekarang kita akan dapat menyaksikan duet beliau dengan adiknya Aisyah Aziz sewaktu salah satu minggu pertandingan!"



Ara pula menambah: "Minggu ini. saya masih akan berbual tentang Aliff Aziz. Saya sukakan aura 'gentleman'-nya, bukan sahaja ketika beliau menyanyi tetapi keseluruhan budi bicara dan gerak lakunya. Dan saya merasakan seperti kita akan menyaksikan lebih banyak warna (suara dan persembahan) daripadanya. Tak sabar nak tonton Aliff di pentas GV8 minggu depan."



Adibah pula menulis di Twitter: "Terima kasih di atas semua kata-kata baik dan sokongan anda dan paling penting sekali, kasih sayang dan doa anda. Alhamdulillah, syukur. Tak dapat nak balas satu-satu. Terima kasih, terima kasih, terima kasih tidak terhingga dari saya."



Pada Ahad ini (5 Disember), saksikan Aliff menyanyikan lagu rok, Kasihnya Laila, dendangan asal Jinbara. Seperti yang diharapkan Hetty, Adibah akan melantunkan suara emasnya bagi lagu Adele, All I Ask.



Nikki akan menyanyikan lagu Aina Abdul, Semalam, manakala Suki akan mencuba kemahiran mendendangkan irama ethnik, Badarsila, lagu asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.



Upiak pula memasuki zon rok Ratu Rok Ella menerusi lagu Retak. SA.YA akan mendendangkan lagu Robbie Williams, Better Man. Aweera bakal melantunkan suaranya dengan menyanyikan lagu asal Ernie Zakri, Boneka. Shidee menggalas amanah menyanyikan lagu Elvis Presley, Blue Suede Shoes, sementara Bandi Amuk kembali ke era P. Ramlee dengan lagu Nak Dara Rindu.



Azan Scan akan bawa anda 'kembara' ke era lagu dangdut rap 1980-an, Ini Rindu, nyanyian asal Farid Hardja dan Lucky Resha. Lagu Datuk Nora, Naluri (Hadirlah Kekasih) akan didendangkan Ani Maiyuni. 



Fazley beralih ke genre dangdut dengan lagu Iwan, Sedang-Sedang Saja manakala Nico G diberi peluang menebus kekecewaan minggu ini dengan lagu Datuk Zainal Abidin, Manis.



 GV8 boleh disaksikan di Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV) setiap Ahad mulai 9 malam.



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >