Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

GV9: Hazrul keluar dari zon selesa, hormati irama asal 'Fatwa Pujangga'

Oct 02, 2022 | 05:24 PM



KITA sudah mendengar lagu Fatwa Pujangga versi asal bintang Indonesia,Said Effendi, yang kemudian turut dirakam juara Gegar Vaganza 4, Aishah dan seorang lagi penyanyi asal Palembang, Victor Hutabarat.



Bagaimana agaknya versi Fatwa Pujangga penyanyi Singapura, Hazrul Nizam, 42 tahun, yang akan berkumandang di dewan auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada 9 malam Ahad (2 Oktober)?



Selepas persembahannya yang menyentuh jiwa ketika mendendangkan lagu kumpulan Exists, Untukmu Ibu, pada konsert minggu kedua, minggu lalu, sehingga mendapat tempat kedua di belakang Tomok, ramai yang menjangkakan prestasi Hazrul terus meningkat dalam konsert minggu ketiga.



Ketika dihubungi Berita Harian, Hazrul berkata:



"Pihak penerbitan minta warganet memilih antara lagu Fatwa Pujangga dan Gurindam Jiwa untuk saya.



"Ikutkan kededuanya pun saya minat. Dua-dua lagu memang 'best'...jadi saya tak kisah mana menjadi pilihan warganet. Kededuanya ada cabaran tersendiri dan merupakan berentak asli dan tradisional Melayu.



"Saya tak pernah menyanyikan lagu tradisional di pentas secara 'live'. Kalau di rumah tu, saya nyanyi gitu-gitu sahaja. Jadi ia kedengaran okay.



"Saya susah nak buat banyak kelainan pada irama atau lenggok dendangan Fatwa Pujangga kerana saya hormati melodi asal lagu klasik ini.



"Walaupun irama tradisional Melayu bukan kelebihan atau kekuatan saya dan saya enggan ia menjadi lagu R&B pula apabila saya dendangkannya, saya akan pastikan cengkok nyanyian saya kelak betul.



"Jangan sampai terkeluar cengkok R&B sehingga dikecam warganet pula."



Dalam pada itu, Hazrul mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang dari minggu pertama sekali mendoakannya.



"Walau persembahan awal pertandingan tidak elok, ramai yang sanggup memberi dorongan dan menyokong Hazrul dengan mendoakan segala urusan saya dipermudahkan.



"Saya terharu, bersyukur dan dengan penuh kerendahan hati mengucapkan terima kasih," tambahnya.



Pada konsert minggu kedua, Hazrul yang merupakan naib juara Talentime 2001, mendapat 79.8 peratus markah, hanya 0.2 peratus markah lebih rendah daripada Tomok di tangga pertama (80 peratus markah).



Hazrul menyanyikan lagu Untukmu Ibu yang merupakan lagu pertama yang beliau nyanyikan di khalayak ramai pada usia 11 tahun di satu majlis perkahwinan.



Beliau diupah $10 oleh mak ciknya untuk menyanyi meskipun terasa malu pada waktu itu. Selepas mendapat sambutan menggalakkan, beliau tahu itu gerakan untuknya menyanyi secara profesional apabila dewasa.



"Saya membayangkan keadaan teman-teman yang kehilangan ibu mereka ketika menyanyikan lagu Untukmu Ibu dengan penuh penjiwaan.



"Saya benar-benar ingin buktikan saya boleh menyanyi selepas agak kecewa berada di tangga paling bawah pada minggu pertama.



"Saya tidak menyanyi lagu itu dengan mengingatkan ibu saya sendiri. Sebabnya, saya tidak mahu sampai terlalu emosi dan payah mengawal suara. Kebiasaannya, saya akan sebak kalau saya menyanyi dengan memikirkan keluarga tersayang," ceritanya yang mempopularkan lagu Kaulah Segalanya, ciptaan Mayuni Omar.



Lagu berusia 19 tahun itu sudah distrim 579,758 kali di Spotify iaitu lebih setengah juta kali.



Mudah-mudahan, Hazrul akan memberikan yang terbaik pada konsert minggu ketiga.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >