Premium
Hadiah untuk Nadiah selepas tempuh 34 jam bersalin
Nov 29, 2017 | 5:30 AM

SAMBUT 'ORANG BARU': Selepas 38 jam melalui proses bersalin, Nadiah akhirnya perlu menjalani pembedahan bagi melahirkan bayinya. - Foto FACEBOOK NADIAH M. DIN -
MELALUI sakit yang teramat untuk melahirkan anak, biar untuk satu jam pun, sakitnya seperti menempuh maut.
Justeru cuba bayangkan proses bersalin yang dilalui pelakon dan hos televisyen Nadiah M. Din - bukan sejam atau sehari, tetapi sampai melebihi 34 jam! Dan beliau melaluinya tanpa mengambil penahan sakit, epidural.

