DALAM keadaannya tidak sihat dan terasa kesan dinyahhidratkan kerana demam flu perut, Hady Mirza berusaha memberikan yang termampu dalam sajian lagu All My Life dan Takdir Tercipta.

Sambil tersenyum dan mendengar ulasan pengadil, Hetty Koes Endang dan Datuk M. Nasir, di pentas separuh akhir Gegar Vaganza 6 (GV6) kelmarin, Idola Asia berusia 39 tahun itu akur persembahan itu bukan terbaik daripadanya.