PENYANYI setempat Hady Mirza dan Ustaz Nuzhan Halim berubah 'tugas' sempena Hari Raya tahun ini selepas mereka diumumkan sebagai dua selebriti terkini yang akan memperagakan busana Hari Raya jenama setempat, Adrianna Yariqa.

Syarikat yang diasaskan pada 2013 oleh Nurlida Yusof dan Sufiyan Yahya, telah menganjurkan kerjasama dan perkongsian dengan ramai artis tempatan sejak ditubuhkan pada 2013.