JALAN cerita filem fantasi yang memenangi anugerah Oscar, The Shape of Water, tidak ditiru daripada persembahan teater 1969, seorang hakim Amerika Syarikat memutuskannya.

Hakim Percy Anderson menolak tindakan undang-undang yang mendakwa filem Guillermo del Toro meniru kisah Let Me Hear You Whisper oleh Paul Zindel.