Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hamidah Wahab kembali selepas agak menyepi

Apr 22, 2024 | 07:20 PM



Entah di mana silapnya, agak lama juga, pelakon Hamidah Wahab, 66 tahun, tidak begitu aktif dalam drama atau telefilem terbitan stesen televisyen (TV), biarpun suatu waktu dahulu, pelakon ‘otai’ ini tidak putus-putus dihujani tawaran.

Namun, Ramadan 2024 memberi rezeki buat Hamidah apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi peluang kepadanya kembali beraksi melalui telefilem, Perang Panjut Tujuh Likur, arahan Epon Jenon yang disiarkan slot Panggung RTM di TV1 pada 6 April.


Pelakon veteran yang memulakan kerjaya sebagai peragawati pada era 1970-an itu mengakui tidak pasti di mana silap atau kekurangan dalam diri, hingga tidak menjadi pilihan penerbit drama atau telefilem.

“Sebenarnya, semua ini terjadi terlalu drastik. Saya berlakon tanpa henti sejak 1974. Setiap tahun, tidak pernah lengang dan tidak pernah tiada tawaran lakonan, sama ada dari TV3, RTM dan sebagainya.

“Namun, tiba-tiba, ada suatu masa, saya kurang ‘job’. Baru sekarang saya ditawarkan ‘job’ oleh RTM dan produksi drama, Tanah Kubur.


“Saya tertanya-tanya kenapa kurang dapat tawaran. Ini mata pencarian saya yang utama. Saya tiada kerja lain sejak 1974. Saya fikir apakah orang lama seperti saya tidak lagi dipandang atau orang jemu. Saya pun tidak tahu apa nak cakap.

“Saya serahkan kepada Allah dan Dia yang mengaturkan,” katanya semasa ditemui pada sesi tayangan telefilem, Perang Panjut Tujuh Likur, di Wisma TV, Angkasapuri Kota Media di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Hamidah yang membintangi filem sulung, Gila Gila, arahan Omar Rojik pada 1979 memberitahu, sejak tidak lagi menerima tawaran berlakon, Allah menggantikan pekerjaan lain buat dirinya.


“Selama tempoh itu, saya bawa orang pergi ke Makkah menunaikan umrah dan haji. Saya bekerja sebagai mutawif wanita. Alhamdulillah, saya ada pendapatan selain berlakon,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Hamidah bersyukur RTM memberi tawaran berlakon, malah, bayaran daripada pihak penerbitan tidak pernah berkurangan.

“Bayaran di RTM dari dulu memang terbaik, bukan hendak dibandingkan dengan produksi luar.

“Namun, RTM tahu gred kita. Jadi, mereka beri bayaran setimpal. Terima kasih RTM sebab kembalikan saya ke alam pekerjaan ini,” katanya.

Hamidah mendakwa ada syarikat penerbitan memberi bayaran tidak setimpal kepada pelakon veteran sepertinya.

“Ada syarikat produksi beri bayaran tak berbaloi, macam bagi makan ikan. Misalnya, saya mahu dibayar RM150 ($42.68).

“Saya bukan tidak mahu ambil (terima), tetapi tidak berbaloi rasanya sebanyak itu. Hargailah pelakon lama, janganlah beri kami bayaran tidak setimpal,” katanya.

Biarpun jarang muncul dan tidak dibayar setimpal, Hamidah belum terfikir untuk berundur daripada pentas kreatif kerana jiwanya masih menebal dalam dunia seni.

“Jiwa saya tetap pada lakonan, walaupun saya ada kerja lain.

“Sama juga dengan pelakon lain yang berniaga sekarang. Mereka berniaga sebab hendak cari pendapatan, tetapi jiwa masih pada lakonan,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >