Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hans Isaac ucap "Selamat Tinggal" kepada dunia lakonan selepas 25 tahun

Dec 9, 2021 | 12:24 AM
Foto THE STAR
Foto THE STAR -

PETALING JAYA - Selebriti serba boleh, Datuk Hans Isaac, mengumumkan persaraannya daripada dunia lakonan selepas 25 tahun bergelar seorang aktor dalam industri seni Malaysia.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 50 tahun, menganggap sudah tiba masa untuk dirinya bersara dalam bidang lakonan seterusnya memberi tumpuan terhadap cabang lain dalam bidang seni.

"Semua perkara baik akan ada pengakhiran. Semuanya bermula apabila Datin Paduka Shuhaimi Baba memberi peluang kepada saya melakonkan watak dalam filem Ringgit Kasorrga pada tahun 1994.

"30 daripadanya filem cereka, sejumlah besar drama dan rancangan TV kemudiannya, diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Lakon Layar dan memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi Buli Balik bersama Afdlin Shauki untuk dilakonkan di Filipina (Miss You Like Crazy) ke filem Singapore City Sharks.

"Kini sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri," katanya dalam satu hantaran Instagram, lapor laman Kosmo! Online.

Dedahnya yang pernah popular menerusi drama Sephia, pada peringkat awal, bidang lakonan bukan perkara yang diminatinya tetapi beliau tetap berusaha belajar dan mencintai apa yang dilakukan.

"Berlakon bukan perkara yang diminati tetapi saya belajar untuk mencintai dan menikmati proses tersebut serta bertuah kerana dapat bekerjasama dengan mereka yang terbaik dalam industri.

"Bagi mereka yang amat mengenali saya, mereka pasti akan beritahu bahawa saya bukan jenis yang duduk dan tidak melakukan apa-apa. Selalunya saya bertanya kepada diri sendiri apa dan siapa Hans yang seterusnya.

"Apabila saya sudah mencapai satu matlamat, bagaimana saya boleh menambah baik dan pada masa yang sama memberi peluang kepada orang lain di sekeliling saya?" katanya lagi.

Meskipun mengambil keputusan untuk bersara, Hans memberitahu beliau akan tetap memberi sokongan selain menabur bakti terhadap bidang yang dicintainya.

"Saya akan terus menyokong industri seperti biasa. Terdapat sisi pawagam, pengurusan dan mungkin juga pergi ke pentas bersama Awie dan Afdlin dari masa ke masa untuk ketawa, beriadah dan berseronok.

"Harapan saya adalah untuk mengarahkan sebuah lagi pementasan teater muzikal di Istana Budaya dan akan terus meluangkan masa untuk membina empayar saya.

"Jika tidak ada orang yang percaya terhadap saya sebelum ini, maka tiadalah Hans seorang si pelakon. Dengan itu, terima kasih kepada semua yang pernah terlibat kerana memberi saya antara kenangan terbaik dalam hidup," ujarnya.

Hans mula menceburkan diri dalam dunia lakonan pada pertengahan tahun 1990-an.

Antara filem popular lakonannya seperti Baik Punya Cilok, Laila Isabella dan Buli.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg