Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hari Seniman Negara pada 22 Mac dinanti Sazali P. Ramlee

Mar 22, 2024 | 01:52 PM



Anak kepada seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, iaitu Sazali, mengakui 22 Mac menjadi antara tarikh yang sering dinanti kerana berpeluang melihat sambutan Hari Seniman Negara yang diadakan sempena hari kelahiran bapanya.

Sazali, 65 tahun, berkata tiada yang lebih menggembirakan hatinya selain dapat melihat sambutan yang diadakan bagi mengenang jasa bapanya sebagai tokoh legenda seni negara biarpun sudah lebih 51 tahun beliau meninggal dunia.

Menurutnya, Hari Seniman Negara memberi makna kepada sambutan hari jadi arwah bapanya yang digelar ‘Daddy’ yang sepatutnya berusia 95 tahun jika beliau masih hidup.

“Saya hendak ucap terima kasih kepada orang ramai yang masih ingat dan mengenang jasa arwah Daddy.


“Sudah tentu sebagai anak, saya rasa gembira setiap kali tiba tarikh ini. Saya berharap orang ramai dapat terus berdoa untuk arwah bapa,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).


Pada 2022, Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Tan Sri Annuar Musa, mengambil keputusan mengubah tarikh Hari Seniman Negara dari 29 Mei kepada 22 Mac bagi memperingati kelahiran P. Ramlee.

Encik Annuar dilaporkan berkata kepentingan perubahan tarikh sambutan Hari Seniman Negara adalah untuk memperingati jasa dan sumbangan P. Ramlee terhadap industri kreatif Malaysia.

Karya P. Ramlee ujar beliau bukan sahaja berjaya melahirkan lebih ramai tokoh dan pakar industri kreatif, malah memperkenalkan Malaysia pada mata dunia.

Allahyarham P. Ramlee atau nama sebenarnya, Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh, dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang, pada 22 Mac 1929 ketika umat Islam meraikan 1 Syawal.

Allahyarham P. Ramlee berlakon dalam 66 filem dengan 35 judul di bawah arahannya dan mencipta 250 lagu.

Mengulas mengenai rayuan agar tempoh bayaran royalti ke atas karya Allahyarham P. Ramlee dari tempoh 50 tahun dilanjut ke 70 tahun, Sazali berkata beliau masih menunggu jawapan rasmi biarpun tidak meletakkan sebarang harapan tinggi.

Sepanjang 50 tahun pemergian Allahyarham, royalti daripada karya seniman agung itu diagihkan kepada waris, iaitu isterinya, Allahyarhamha Puan Sri Saloma, sehingga biduanita negara itu meninggal dunia pada 25 April 1983.

Keputusan itu dibuat mengikut Akta Hak Cipta 1987.

Royalti kemudian diagihkan kepada anak mereka, Allahyarham Nasir P. Ramlee, yang sepakat membahagikan apa yang diperolehi kepada beberapa waris lain.

Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti yang diuruskan Badan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >