Harvey Malaihollo anggap bonus rakam versi solo ‘Bawalah Daku’
Pengguna Berdaftar
Harvey Malaihollo anggap bonus rakam versi solo ‘Bawalah Daku’
Bintang jaz Indonesia bakal duet dengan Fairuz Hussein buat kali pertama
Jul 21, 2024 | 5:30 AM
Harvey Malaihollo berpeluang berduet dengan rakan duet bagi lagu ‘Bawalah Daku’, Fairuz Hussein, buat julung-julung kalinya dalam sejarah 35 tahun lagu itu tercipta. - Foto HARVEY MALAIHOLLO
Sebut sahaja nama bintang jaz Indonesia, Harvey Malaihollo, akan terpahat di ingatan lagu-lagu terkenalnya seperti Dara, Jerat, Begitulah Cinta, Katakan Saja dan Dia.
Jika peminat Harvey, 62 tahun, kepingin mendengar suara merdunya bergema di ruang Persada Budaya di Wisma Geylang Serai (WGS), sang penyanyi pula lebih teruja mendendangkan lagu, Bawalah Daku, bersama rakan duetnya dari Malaysia, Fairuz Hussein, 58 tahun, pada 27 Julai.
Laporan berkaitan
Jaz santai saja, bukan irama golongan elitJul 19, 2024 | 8:41 PM
Gandingan mesra Sheila-MalaiholoJul 9, 2024 | 11:50 AM

