SEBAGAI pengetua prasekolah, Cik Ida Iryani Ramli amat menitikberatkan kebersihan terutama di kalangan anak-anak muridnya.

Amalan mencuci tangan sangat ditekankan kerana ia dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit berjangkit seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).