Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Hat trick'- 3 kali Rafaat jadi penggali kubur

Mar 06, 2022 | 05:30 AM



Bukan sekali tetapi tiga kali pelakon mapan Rafaat Hamzah diamanahkan watak sebagai penggali kubur.Namun, pengalaman menjayakan watak penggali kubur veteran, Abang Li, yang berpengalaman dan menjadi penasihat kepada tiga pemuda menjalankan tugas baru mereka ini dalam drama 'Bidadari' memberi iktibar buatnya. Ikuti wawancara BERITA MINGGU bersamanya.




Soalan (S): Anda nyatakan telah tiga kali diminta membawa watak penggali kubur. Boleh ceritakan lebih lanjut pengalaman anda?



Rafaat: Saya memang 'senior' dalam bab gali kubur ini kerana ia adalah kali ketiga saya diberikan watak yang memerlukan saya menggali kubur.



Dalam Dimensi 4, saya menggali kubur untuk dapatkan minyak dagu.



Dalam Kalimah Terakhir pula, saya adalah penggali kubur profesional yang baru dalam urusan pengendalian jenazah.



Sekitar 50 peratus adegan saya dibuat di Pusara Aman sampaikan penggali kubur lain dah jadi macam 'members'. Ada kubur yang pernah saya gali untuk lakonan walau tidak sepenuhnya tetapi mengambil masa kurang setengah jam. Jenazahnya betul-betul masuk dalam babak itu.



Namun, dalam Bidadari, ia merupakan kali pertama saya diberi peranan dengan latar penggali kubur menggali semula kubur itu bagi proses penyemadian semula jenazah.



Apabila pengarah Mahfuz Mazlan beritahu saya tentang peranan ini, saya berkata, 'Tak ada kerja lain ke? Asyik nak gali kubur lagi?'



Saya boleh bayangkan kerja fizikal yang diperlukan sebab semasa Kalimah Terakhir, hari-hari saya gali kubur di tapak Pusara Aman yang agak baru.



Dalam Dimensi 4 pula, penggambaran dibuat di tapak Pusara Aman yang lama dan bersepah macam di Bidadari.



Saya masih ingat berpuluh hari saya tak dapat tidur selesa...mungkin secara psikologi kerana bekerja di kubur. Ada tatatertib tertentu yang harus kita perhatikan.



Dalam Bidadari pula, tapak penggambaran bukan kubur betul. Ia basah dan ada tatatertib berbeza. Kita gunakan pungkis untuk punggah tanah. Kemudian ada plastik untuk masukkan 'prop' tulang.



Dalam nak cari tulang, kadangkala kita terpegang benda lain yang kita tak nampak. Apabila berlaku perkara sebegini, ia mewujudkan rasa ngeri-ngeri seram dan membantu lakonan kita secara automatik.



S: Ada pengalaman peribadi berkaitan dengan kubur yang ingin dikongsi?



Rafaat: Secara peribadi, saya anggap diri saya macam 'marsyal kubur'. Saya rajin pergi kubur dan biasanya akan menjadi orang yang menurunkan jenazah ke dalam liang lahad.



Kalau ada kematian anggota keluarga atau sahabat terdekat, biasanya orang akan pandang ke arah saya...dah 'target' nak minta bantu terjun untuk uruskan jenazah.



S: Apakah pengajaran bermakna yang dipelajari daripada 'Bidadari'?



Rafaat: Terdapat banyak detik menginsafkan. Apa yang saya pelajari adalah dalam kita mengurus jenazah, kita juga harus hormati jenzah sepertimana manusia yang masih hidup.



Apabila saya uruskan jenazah, saya selalu terfikir dan berharap sewaktu giliran saya tiba, orang akan buat benda yang serupa dengan menghormati tubuh kita.



Menerusi lakonan kali ini, saya akur ada perkara yang kita perlu hormati. Tengkorak tak boleh campak sebarangan.



Kita biasa dengar cerita tetapi tak pernah alami. Misalnya, bersama sesetengah rangka dan tubuh jenazah akan ada objek asing yang tidak sepatutnya ada. Jadi apakah respons si penggali kubur dan bagaimana menangani perkara dan perasaan yang dirasakan?



Bidadari merupakan drama yang menarik sebab ia menunjukkan bermacam kejadian seperti penemuan patung, tangkal dan azimat bersama rangka jenazah tadi.



S: Apa lagi yang diperlukan untuk bawa watak Abang Li?



Rafaat: Mahfuz kata dia tak nak ada suara Rafaat atau cara berjalan macam Rafaat dalam watak Abang Li.



Saya sempat putihkan rambut dan simpan misai walaupun saya sebenarnya rimas dan tak sabar nak buang misai ni.



Demi menambah usia dan penampilan saya serta memberi ciri kebijaksanaan pada watak Abang Li, maka saya cabar diri lakukan semua ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >