Topik diikuti
Pergi ke BHkuHati Eizlan Yusof terhibur melihat keletah anak
Hati Eizlan Yusof terhibur melihat keletah anak
Hati Eizlan Yusof terhibur melihat keletah anak

RAPAT DENGAN ANAK: Pelakon Eizlan Yusof bersama tiga cahaya matanya iaitu Vie Zaara (atas sekali), Vie Zaalia (tengah) dan Zareef Yusof. - Foto MSTAR ONLINE -
Aug 26, 2016 | 5:30 AM
RASA rindu terhadap anak-anaknya telah membuat pelakon Datuk Eizlan Yusof menonton video yang memaparkan keletah mereka melalui laman sosial Instagram setiap malam.
Menurut laman akhbar mStar Online, Eizlan, 45 tahun, gemar melihat keletah anak-anaknya yang sedang membesar itu kerana keletah mereka mencuit hati, malah mendapat perhatian pengikut laman sosial berkenaan setiap kali dimuat naik.