Premium
'Hawa' akan dibawa ke Australia
Aug 26, 2017 | 5:30 AM

TARIK PERHATIAN: Hawa terbitan Hatch Theatrics diundang ke Festival Brisbane September ini. Antara pelakonnya ialah Saiful Amri (kanan) dan Al-Matin Yatim. - Foto MONOSPECTRUM PHOTOGRAPHY -
DALAM drama Hawa terbitan kumpulan teater tempatan Hatch Theatrics, penulis drama Johnny Jon Jon bertanya beberapa soalan sukar tentang Islam, sambil memaparkan isu yang jarang dibincangkan dalam konteks keagamaan - homoseks.
Isu kompleks yang mengisahkan tragedi dan kecenderungan terhadap sesama jantina itu menarik perhatian Pengarah Artistik Festival Brisbane, Encik David Berthold, yang mengundang Hatch Theatrics mempersembahkan naskhah itu di festival tersebut.

