Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hayati pameran seni Monet, nikmati aiskrim percuma

Apr 3, 2025 | 11:16 AM
Peminat seni boleh menyelami dunia ‘Monet Inside: An Immersive Exhibition’, iaitu pameran menarik yang memaparkan lebih 200 karya pelukis terkenal Perancis, Claude Monet, pada skrin berskala besar, diiringi muzik dan naratif di Parkview Square.
Peminat seni boleh menyelami dunia ‘Monet Inside: An Immersive Exhibition’, iaitu pameran menarik yang memaparkan lebih 200 karya pelukis terkenal Perancis, Claude Monet, pada skrin berskala besar, diiringi muzik dan naratif di Parkview Square. - Foto MONET INSIDE

Pameran karya Claude Monet

Hayati keindahan karya pelukis terkenal Perancis, Claude Monet, dalam pameran seni, ‘Monet Inside: An Immersive Exhibition’, yang menampilkan lebih 200 karya ikonik dengan visual berskala besar. 

Diiringi muzik latar khas dan naratif menarik, pameran ini membawa pengunjung menyusuri perjalanan Monet – dari permulaannya sebagai pelukis impresionis di Paris hingga ke siri, Water Lilies, yang ikonik.

Tarikh: Hingga 30 April 2025

Waktu:
– 10 pagi hingga 7 malam (Ahad dan Jumaat)

– 10 pagi hingga 8 malam (Sabtu)

Tempat: Parkview Square, 600 North Bridge Road, Aras 3, Singapura 188778

Harga tiket: Bermula daripada $25 (https://bh.sg/tiket)

Nota: Terbuka kepada semua, sesi selepas 5 petang dikhaskan untuk dewasa sahaja

Taman Miffy di Lapangan Terbang Changi

Acara, ‘Miffy’s Garden’, menampilkan taman bertema musim bunga dengan taman permainan ambul yang menganjal serta barangan eksklusif Miffy dari 14 Mac hingga 12 Mei di Lapangan Terbang Changi.
Acara, ‘Miffy’s Garden’, menampilkan taman bertema musim bunga dengan taman permainan ambul yang menganjal serta barangan eksklusif Miffy dari 14 Mac hingga 12 Mei di Lapangan Terbang Changi. - Foto LAPANGAN TERBANG CHANGI

Watak arnab Miffy tiba di Lapangan Terbang Changi dengan pemasangan belon udara panas gergasi.

Dari 14 Mac hingga 12 Mei, sertai pengembaraan Miffy di taman musim bunga yang penuh warna-warni.

Pengunjung boleh bergambar dengan hiasan bertema watak Miffy, mendapatkan barangan eksklusif dan bermain di ‘Miffy’s Playground’ – taman permainan ambul yang menganjal serta gelongsor setinggi dua meter serta ‘kolam bola’.

Taman ini sesuai untuk kanak-kanak dan menjanjikan pengalaman menyeronokkan bersama Miffy dan rakan-rakan.

Tarikh: 14 Mac hingga 12 Mei

Tempat: Terminal 3, Aras 2, berhampiran Kaunter Daftar Masuk 11, Lapangan Terbang Changi

Harga Tiket:
– $5 dengan perbelanjaan $50 ($80 di pasar raya) di kawasan awam Changi (Terminal 1 hingga Terminal 4, kecuali Jewel)

– $15 untuk pembelian langsung

– $10 untuk dewasa yang menemani kanak-kanak (dengan ketinggian 0.9 meter hingga 1.1 meter)

Tayangan filem ‘Night at the Museum’ di Nightlix Somerset

Bagi penggemar filem, Nightflix Somerset mempersembahkan ‘Night at the Museum’ pada 5 April di Somerset Youth Park. Penonton boleh menikmati tayangan filem percuma di bawah bintang.
Bagi penggemar filem, Nightflix Somerset mempersembahkan ‘Night at the Museum’ pada 5 April di Somerset Youth Park. Penonton boleh menikmati tayangan filem percuma di bawah bintang. - Foto CINEWAV

Saksikan filem penuh keajaiban dan keseronokan, Night at the Museum, dalam suasana terbuka di Taman Belia Somerset.

Ikuti kisah seorang pengawal keselamatan muzium yang terkejut apabila patung-patung pameran mula hidup setiap malam.

Bawa fon kepala dan telefon sendiri untuk pengalaman audio yang menarik, dan bentangkan tikar berkelah untuk menikmati malam yang santai di bawah bintang.

Tempat duduk terhad, berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

Sebelum tayangan utama, filem pendek King of Ubi akan ditayangkan.

Daftar untuk acara ini secara percuma melalui aplikasi mudah alih Cinewav.

Tayangan bergantung pada keadaan cuaca.

Tarikh: 5 April

Waktu: 7.30 hingga 9.30 malam

Tempat: Taman Belia Somerset

Hari Aiskrim Percuma Ben & Jerry’s

Hari Aiskrim Percuma Ben & Jerry’s kembali pada 8 April di VivoCity. Ia menawarkan aiskrim percuma dengan pelbagai perisa ikonik, termasuk pilihan tanpa tenusu, dari 12 tengah hari hingga 8 malam.
Hari Aiskrim Percuma Ben & Jerry’s kembali pada 8 April di VivoCity. Ia menawarkan aiskrim percuma dengan pelbagai perisa ikonik, termasuk pilihan tanpa tenusu, dari 12 tengah hari hingga 8 malam. - Foto BEN & JERRY’S

Ben & Jerry’s kembali dengan Hari Aiskrim Percuma pada 8 April.

Kunjungi cawangan mereka di VivoCity dari 12 tengah hari hingga 8 malam untuk menikmati aiskrim percuma.

Terdapat pelbagai perisa untuk dicuba, termasuk, Chunky Monkey dan Cherry Garcia, serta pilihan serbat (sorbet) dan tanpa bahan tenusu.

Anda boleh memilih untuk menikmatinya dalam hidangan kon atau cawan.

Tarikh: 8 April

Waktu: 12 tengah hari hingga 8 malam

Tempat: Ben & Jerry’s VivoCity Scoop Shop, #02-K1

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg