Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

RINGKAS

Hetty kini sensasi TikTok

Dec 21, 2021 | 05:30 AM



KEHEBATAN vokal legenda seni suara, Hetty Koes Endang, memang tidak disangkal lagi sejak dari zaman beliau memenangi Festival Lagu Popular Sedunia di Tokyo, Jepun pada 1977.



Namun, daripada sensasi seni suara, Hetty, 64 tahun, yang mesra dengan panggilan Bonda, berubah menjadi sensasi TikTok kini dengan banyak klip video dan audio beliau memberi ulasan di rancangan Gegar Vaganza 8 (GV8) dimuatnaikkan peminatnya.



Ada yang sempat menggayakan cara Hetty memberi komen secara bersahaja dan lucu kepada peserta seperti Bandi Amuk, Aliff Aziz dan Suki Low.



Parodi di TikTok ini turut menghiburkan Hetty yang boleh disifatkan sebagai 'orang lama' yang agak progresif di media sosial, baik Instagram ataupun TikTok.



Salah satu klip video parodi pengguna TikTok Che-Naz94 yang mempunyai lebih 10,100 pengikut begitu kreatif.



Dengan mengenakan tudung dan baju serba merah dan solekan persis Hetty pada zaman mudanya, Che-Naz94 menggunakan botol semburan yang dijadikan persis mikrofon.



Hetty malahan memuatnaikkan klip video Che-Naz94 di Instagramnya sambil menulis:



"Ternyata banyak yang parodikan komen Bonda untuk Bandi Amuk pada minggu pertama. Ini salah satu video yang kreatif."



Video parodi di TikTok yang memaparkan suara atau visual Hetty ini biasanya menarik komen berupa pujian orang ramai yang senang dengan kehadiran penyanyi lagu Sayang dan Berdiri Bulu Roma Ku.



Fiela Fox misalnya menjelaskan:



"Salah satu sebab utama mengapa saya tengok GV adalah kerana Bonda."



Intansuhana Evergreen juga berkata:



"Semangat terus tonton GV apabila ada Bonda kerana komen yang mantap dan menghiburkan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >