Premium
AC Mizal buka stesen radio Internet
Peace Yall FM ikut aliran trend ke arah hiburan komedi dengan pelawak diambil sebagai penyampai radio
May 13, 2015 | 5:30 AM
BERWAWASAN: AC Mizal berharap radio Internet bervisual Peace Yall FM dapat memberi alternatif kepada golongan artis mengetengahkan karya mereka. - Foto TUKIMAN WARJI -
SELEBRITI popular Datuk AC Mizal memenuhi impiannya membuka stesen radio bervisual apabila stesen yang diberi nama Peace Yall FM dilancarkan baru-baru ini.
AC yang juga Presiden saluran radio Internet itu berkata, biarpun sebahagian daripada barisan deejaynya merupakan pelawak popular, stesen itu bukan berkonsep komedi, sebaliknya menyesuaikan cita rasa pendengar yang gemarkan hiburan santai.

