Topik diikuti
Pergi ke BHkuAdik Achik penyambung misi Spin
Lagu band 'tangkap lentok' popular ligat berputar, terkena tempias populariti Nana 'Gegar Vaganza'
Dec 29, 2015 | 5:30 AM
Adik Achik penyambung misi Spin
APABILA program realiti Gegar Vaganza kembali 'menyengat' dengan klip video juara peraduan Siti Nordiana Alias (Nana) dan pasangan duetnya, Achik Spin, sekitar tahun 1990-an menjadi 'viral', nama kumpulan Spin turut bangkit bermain di bibir ramai.
Kebetulan pula tahun lalu, band yang sudah lama menyepi semenjak Achik meninggal dunia dalam satu nahas kebakaran kereta yang dipandunya pada 2010 kembali ke persada seni dengan vokalis baru.