Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Adira Suhaimi tidak simpan dendam, raya tanpa ayah

Apr 1, 2025 | 5:10 PM
Walaupun kini sudah bergelar ibu tunggal, penyanyi Malaysia, Adira Suhaimi (tengah), meluahkan rasa seronok dapat merayakan Aidilfitri di Sabah bersama keempat-empat anaknya (dari kanan), Anggrek, Anggun, Asan dan Ayob.
Walaupun kini sudah bergelar ibu tunggal, penyanyi Malaysia, Adira Suhaimi (tengah), meluahkan rasa seronok dapat merayakan Aidilfitri di Sabah bersama keempat-empat anaknya (dari kanan), Anggrek, Anggun, Asan dan Ayob. - Foto INSTAGRAM ADIRA SUHAIMI

Perayaan Syawal tanpa kehadiran insan tercinta tentu rasa tidak lengkap.

Namun begitu, bagi penyanyi Malaysia, Adira Suhaimi, beliau reda meski mengakui tidak pernah meraikan Aidilfitri bersama ayah sepanjang hidupnya, walaupun sekali.

Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi, 33 tahun, berkata biarpun tidak membesar dan mendapat kasih sayang bapa sejak dilahirkan, beliau tidak pernah menyimpan dendam terhadapnya.

“Secara jujur, saya tidak berani kongsi perasaan beraya tanpa ayah. Apa yang saya lalui dengan orang lain hadapi, mungkin berbeza. 

“Saya lahir ketika ayah sudah tidak lagi tinggal bersama ibu.

“Buka mata sahaja, ibu di situ. Jadi, saya okey sahaja. Ibu ajar anak-anak untuk hormat ayah dan biar apa pun, dia masih ayah kami. 

“Semua yang baik-baik sahaja (mengenai ayah) keluar daripada mulut ibu.

“Kita pun tiada rasa benci atau dendam. Malah, ada hati lagi hendak mencarinya ketika kami sudah besar,” kata penyanyi lagu, Pujaan Hati itu, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Bapa Adira, Allahyarham Encik Suhaimi Rajiman, meninggal dunia pada 21 Mac 2019, akibat kegagalan beberapa organ dalaman.

Dalam perkembangan lain, Adira meluahkan rasa seronok beraya bersama empat orang anaknya iaitu, Anggrek, tujuh tahun; Asan, enam tahun; Anggun, lima tahun; dan Ayob, tiga tahun, biarpun kini bergelar ibu tunggal. 

Menurut Adira, kempat-empat anaknya, hasil perkongsian hidup bersama bekas suami, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, dalam keadaan baik dan positif.

“Mereka (anak-anak) bukan faham sangat pun. Apa yang mereka tahu adalah mahu beraya, berseronok, ada baju Raya dapat duit Raya serta balik kampung.

“Jadi, kita ikutkan sahaja. Apatah lagi, saya tinggal bersama keluarga. Jadi, tidak sempat hendak rasa sedih. 

“Saya ambil pendekatan untuk sibukkan diri dengan rutin harian,” kata Adira yang awal sebelum ini, berumah tangga dengan Datuk Red di Songkhla, Thailand, sebagai isteri kedua, pada 3 Disember 2015.

Pada April 2024, Adira bercerai talak satu dengan Datuk Red setelah mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun.

Beliau yang kita meraikan Syawal di Sabah untuk beberapa hari, tidak keberatan jika bekas suaminya, mahu menyusul ke sana untuk merayakan Aidilfitri di samping anak-anak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg