Beberapa hari selepas meraikan ulang tahun kelahirannya pada 27 Mei, penyanyi Indonesia, Afgan, kini berada di Madinah sebelum ke Makkah untuk mengerjakan haji.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Afgan atau nama sebenarnya, Afgansyah Reza, memuat naik beberapa hantaran menunjukkan beliau berada di sana, lapor Harian Metro.
Dalam salah satu hantaran, penyanyi lagu, Pada-Mu Ku Bersujud, dilihat bersiar-siar di sekitar Masjid Nabawi dan menikmati suasana musim haji yang bakal bermula 4 Jun ini.
Afgan bagaimanapun tidak berkongsi sebarang kenyataan dalam hantarannya, namun beberapa peminat turut mengucapkan ucapan selamat menunaikan haji di Instagramnya dalam hantaran lain.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg