KUALA LUMPUR: Penyanyi Janji Manis Mu, Datuk Aishah, 61 tahun, mendakwa penjualan tiket konsertnya, ‘Aishah 40 Chapters Of Love’, yang dilancarkan di sebuah platform tempahan tiket dalam talian pada 17 April lalu, disabotaj.

Aishah mendakwa beliau menerima aduan daripada peminat yang gagal mendapatkan tiket konsertnya itu sejak jualan dibuka.