Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aliff Syukri tidak mahu riak di media sosial; sudah minta maaf dengan ibu

Mar 17, 2020 | 5:34 PM
MAHU BERUBAH: Datuk Seri Aliff Syukri berjanji untuk tidak lagi bersikap riak di media sosial.
MAHU BERUBAH: Datuk Seri Aliff Syukri berjanji untuk tidak lagi bersikap riak di media sosial. - Instagram Aliff Syukri

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, berjanji untuk tidak lagi bersikap riak di media sosial. Malah, Datuk Aliff juga mengaku sudah meminta maaf kepada ibunya, Cik Rozita Ibrahim, menyusuli video yang dimuat naik ibunya di Instagram (IG) minggu lalu. "Saya sudah berjumpa bonda dan berkongsi video di IG. Cuma, apa yang dimuat naik itu adalah rakaman semula. Sebelum itu, adalah dia mengamuk dan bising. Sama juga saya. "Namun, ia tidak dikongsikan. Saya tunjuk yang gembira saja. Sebab, tidak mahu orang akan bercerita lebih buruk. Jadi, saya sudah minta maaf dan ampun daripadanya. Saya juga berjanji takkan riak dan akan dengar cakap," katanya kepada Harian Metro. Bagaimanapun, Aliff yang baru-baru ini melancarkan lagu berjudul Cuba Bahagia, berkata beliau tidak setuju dengan tindakan ibunya yang membuat teguran secara terbuka di Instagram. Cik Rozita dalam video lebih dua minit tersebut antara lain menasihatkan anaknya itu agar tidak lagi mengeluarkan lagu dan 'menagih publisiti'. "Tolonglah menjadi seorang profesional. Bukan lagi menyanyi, sebab Syukri bukan artis dan tak perlu pun nak menunjukkan benda yang merapu-rapu, sesuai dengan umur dan lagi satu mak pesan tolonglah kasihan maruah kami semua," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg