Membesarkan dua anak angkat telah mencorak kehidupan pelakon kelahiran tempatan, Datuk Adi Putra, dalam pelbagai cara yang tidak disangka.

Ketika ditemui Berita Minggu (BM) di Wisma Geylang Serai (WGS), pelakon yang nama asalnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 45 tahun, mendedahkan beliau mula menggunakan bahasa isyarat untuk berinteraksi bersama salah seorang anak angkatnya, Zara Adelia, sejak si kecil berusia empat tahun.