Topik diikuti
Pergi ke BHkuBangga dapat sertai festival band indie antarabangsa Laneway
Jan 29, 2016 | 5:30 AM
Bangga dapat sertai festival band indie antarabangsa Laneway
DENGAN rentak synth (bunyian daripada synthesizer) yang seperti di awang-awangan dan degupan trip-hop yang begitu mengasyikkan meresap ke jiwa, sukar mengetepikan band tempatan, Riot !n Magenta.
Sejak 2012, band elektronik indie yang dianggotai lima anak muda ini dikenali kerana keberanian mereka bereksperimen dengan irama, nada dan ekspresi yang dapat membezakan mereka daripada band lain.