SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bapa pelawak Nabil meninggal dunia

Bapa pelawak Nabil meninggal dunia

Oct 8, 2022 | 2:35 PM

Bapa pelawak Nabil meninggal dunia

Foto: Instagram
Foto: Instagram -

KUALA LUMPUR: Bapa pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad iaitu Encik Ahmad Ismail, 71 tahun, meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor, jam 2.30 petang semalam.

Berita pemergian Allahyarham Ahmad dimaklumkan oleh pengurus Nabil, Latip Ahmad.

Latip berkata, bapa kepada pengacara program Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan itu meninggal dunia komplikasi jantung, menurut laporan media Malaysia.

Difahamkan, arwah dimasukkan ke Hospital Serdang sejak seminggu lalu untuk rawatan.

Menjenguk ke Instagram (IG) Nabil, majlis bacaan Yassin dan doa selamat diadakan malam kelmarin di Pondok Pesantren Darul Tauhid dan Masjid Kariah Mambau bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan bapanya.

Sementara itu, pengacara dan pelakon, Elly Mazlein menzahirkan ucapan takziah kepada rakan hosnya GV9 itu.

Elly atau pemilik nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkata dia juga ada mengirimkan ucapan takziah menerusi pesanan khidmat ringkas kepada Nabil.

"Al-Fatihah dan salam takziah buat Haji Nabil seisi keluarga. Saya dapat tahu apabila melihat hantaran daripada Sharifah Shahirah.

"Saya ada kirimkan ucapan menerusi WhatsApp dan dia ada membalasnya. Apapun, saya faham dengan situasi sukar yang dilalui Nabil ketika ini. Semoga semua urusan dipermudahkan.

"Tiada apa yang diharapkan melainkan doa yang baik-baik buat Nabil dan keluarga. Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan golongan beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat yang sudah tiada," katanya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg