Topik diikuti
Pergi ke BHkuBila susah cari makan jadi model, Mustaqim berlakon
Oct 20, 2015 | 5:30 AM
Bila susah cari makan jadi model, Mustaqim berlakon
PETALING JAYA, SELANGOR: TERBETIK di hati model dan pelakon baru drama Hati Perempuan, Mustaqim Bahadon, tentang sejauh mana wajah lelaki Melayu tulen laku dalam dunia peragaan?
Sepanjang menceburi bidang modelling sejak 2007 selepas bakatnya dikesan dalam pertandingan Pencarian Lelaki Maskulin (anjuran majalah gaya hidup Malaysia), beliau terusik dengan kecenderungan sebilangan pereka busana yang memilih model kacukan bagi menjayakan jenama mereka.