Bora suntik komedi Singapura di pentas Maharaja Lawak Mega
Premium
Bora suntik komedi Singapura di pentas Maharaja Lawak Mega
Mar 16, 2016 | 5:30 AM
MEMBERIKAN YANG TERBAIK: Setiap minggu, kumpulan Bora yang terdiri daripada (dari kiri) Isa, Mamat dan Yan, menganggap minggu tersebut sebagai minggu terakhir bagi mereka dalam Maharaja Lawak Mega 2016 agar dapat terus fokus untuk berusaha memberikan yang terbaik. -
SEMANGAT mereka dalam mengharumkan nama Singapura di arena komedi di seberang Tambak amat mengagumkan.
Sewaktu menyaksikan sendiri aksi kumpulan Bora di pentas Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) di Teater Shah Alam Royale, Jumaat lalu, saya terkesan melihat mereka masih tersenyum menyapa peminat yang bertunggu tangga di luar teater selewat 1 pagi.

