Topic followed successfully
Go to BHkuBront Palarae dapat peluang keemasan
Premium
Bront Palarae dapat peluang keemasan
Pelakon Malaysia gembira diberi peranan dalam drama Inggeris di saluran antarabangsa, HBO Asia
Jun 14, 2015 | 5:30 AM
Bront Palarae dapat peluang keemasan
TERLALU GHAIRAH DAN GEMBIRA: Pelakon, penerbit dan pengarah popular dari Malaysia, Bront Palarae, mendapat peranan dalam satu siri asli HBO Asia berbahasa Inggeris sepenuhnya, 'Halfworlds', yang akan disiarkan di saluran HBO Asia pada hujung tahun ini. - Foto HBO ASIA -
PELAKON, penerbit dan pengarah terkenal dari Malaysia, Bront Palarae, sangat gembira mendapat peluang terlibat dalam satu siri drama berbahasa Inggeris sepenuhnya terbitan saluran antarabangsa, HBO Asia.
Bront, 37 tahun, atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, akan berlakon dalam satu siri asli HBO Asia sepanjang lapan episod, Halfworlds, yang akan disiarkan pada hujung tahun ini.

