Cef Mastura kongsi penawar harungi tempoh sukar Covid-19
Premium
Cef Mastura kongsi penawar harungi tempoh sukar Covid-19
Pelajari kemahiran baru, lagu Maher Zain dapat membakar semangat baru
Apr 1, 2020 | 5:30 AM
TENANGKAN HATI: Cef Siti Mastura Alwi bersama suaminya, Encik Halim Abdul Rahman dan cucu-cucunya, Ashif (di pangkuan Cef Siti) dan Shakirin, mendengar lagu Maher Zain, Insha-Allah, sebagai pembangkit semangat di kala dirundung kegelisahan seperti menatap kisah-kisah mendukacitakan Covid-19. Beliau juga menekankan kepentingan meraih kemahiran baru yang boleh menjadi penawar pada masa sukar. - Foto ihsan SITI MASTURA ALWI -
KALAU ditanya apakah cogan kata yang meniup semangat baru buatnya dalam apa jua krisis kehidupan, Cef Siti Mastura Alwi tidak akan teragak-agak untuk berkata "Pelajari kemahiran baru".
Dalam dunia tidak menentu yang kini dilanda wabak Covid-19 yang melenyapkan nyawa senyap-senyap mahupun meragut pekerjaan di pelbagai sektor, kemahiran seperti memasak dan membakar kek atau pastri itulah yang menjadi sandaran beberapa pelajarnya.

