Topic followed successfully
Go to BHkuCovid-19: 11 artis Malaysia 'Sing For Fund', konsert amal dalam talian
Covid-19: 11 artis Malaysia 'Sing For Fund', konsert amal dalam talian
Covid-19: 11 artis Malaysia 'Sing For Fund', konsert amal dalam talian
SERAMAI 11 penyanyi popular Malaysia bergabung dalam program amal Sing For Fund bagi membantu golongan yang terkesan ekoran penularan wabak Covid-19 dan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara itu.
Mereka terdiri daripada Liza Hanim, Aishah, Siti Nordiana, Ernie Zakri, Syamel, Haiza, Idayu, Lan Solo, Han Byul, Kai dan Dini, lapor Harian Metro.
Program anjuran Liza Hanim menerusi syarikatnya, LS Media dengan kerjasama Live Frame hanya memerlukan sumbangan serendah RM5 daripada mereka yang menonton persembahan itu di www.liveframe.my yang bermula sejak semalam sehingga 7 Mei ini.
"Inisiatif ini timbul apabila saya, suami dan rakan di Live Frame berborak di aplikasi Zoom. Kami terfikir apa perkara yang boleh dibuat bagi membantu golongan memerlukan sepanjang PKP ini. Nak sumbang duit dalam amaun yang banyak kami pun tidak semampu begitu.
"Jadi saya cuba gunakan kelebihan yang ada dengan mengadakan program. Memandangkan sekarang tak boleh buat apa-apa termasuk selepas PKP ini pun tak boleh buat konsert atau perjumpaan besar, apa boleh dibuat adalah berhibur sambil beramal. Jadi kami wujudkan website khas.
"Setiap penyanyi rakam sendiri persembahan di rumah dengan menyanyikan dua lagu," katanya kepada Harian Metro.

