Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Konsert kumpulan Malaysia Innuendo ditunda

Mar 17, 2020 | 12:11 PM
DITUNDA: Konsert Innuendo yang dirancang pada 10 April di Istana Budaya telah ditangguhkan.
DITUNDA: Konsert Innuendo yang dirancang pada 10 April di Istana Budaya telah ditangguhkan. - - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Konsert penyatuan semula kumpulan muzik R&B Innuendo yang dirancang pada 10 April di Istana Budaya telah ditangguhkan.

Acara itu merupakan antara pelbagai acara di seluruh negara dan di seluruh dunia yang perlu ditunda atau dibatalkan kerana pandemik Covid-19, lapor The New Straits Times.

Penganjur konsert Shiraz Projects mengumumkan dalam satu kenyataan yang disiarkan di akaun Instagram mereka bahawa sedang konsert itu ditangguhkan, pihak penganjur akan memberi maklumat lanjut tidak lama lagi.

Sebelum penangguhan itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengumumkan penutupan sementara beberapa tempat di bawah jagaan mereka, termasuk Istana Budaya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg