Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: M'sia peruntuk $430,000 untuk pembikin filem

Apr 16, 2020 | 1:49 PM
SOKONGAN UNTUK INDUSTRI FILEM MALAYSIA: Kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan dana bernilai lebih RM1.3 juta  ($430,000) menerusi Skim Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) kepada penggiat industri kreatif dan seni tempatan yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan negara itu.
SOKONGAN UNTUK INDUSTRI FILEM MALAYSIA: Kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan dana bernilai lebih RM1.3 juta  ($430,000) menerusi Skim Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) kepada penggiat industri kreatif dan seni tempatan yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan negara itu. - INTERNET

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengumumkan dana bernilai lebih RM1.3 juta ($430,000) menerusi Skim Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) kepada penggiat industri kreatif dan seni tempatan yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan negara itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menghubungi penerbit filem yang layak dalam masa terdekat bagi menguruskan pengagihan dana itu.

"Selepas berbincang dengan pengurusan tertinggi kementerian, saya mengumumkan dana sebanyak RM1,325,560.11 juta diluluskan kepada sebilangan syarikat yang layak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Datuk Saifuddin berkata, kerajaan memahami kesukaran penerbit filem dan berharap ITFC mampu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menjadi pemangkin dalam menghasilkan karya.

"Kerajaan sentiasa berusaha dan melaksanakan beberapa inisiatif bagi meringankan beban ditanggung mereka ketika dalam PKP. Diharapkan insentif ini dapat membantu mereka terus menerbit dan memasarkan hasil karya filem untuk pasaran tempatan dan global.

"Saya sedang mengadakan siri perbincangan dengan pelbagai pemegang taruh dan meneliti beberapa laporan penting dalam usaha bersepadu untuk memperkasa industri kreatif negara," katanya.

Sebelum ini, ramai pembikin filem resah apabila karya mereka tidak dapat ditayangkan selepas pawagam ditutup berikutan penularan COVID-19 dan menggesa FINAS campur tangan mengatasi masalah itu. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg