Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cristina Suzanne diiktiraf di Festival Filem Asia Kemboja Ketiga

Sep 8, 2025 | 1:57 PM
Cristina Suzanne, babah,  Festival Filem Asia Kemboja Ketiga
Pelakon Malaysia, Cristina Suzanne, terima piala Anugerah Pelakon Paling Popular Asia pada Festival Filem Asia Kemboja Ketiga di Phnom Penh, Kemboja, pada 6 September, hasil lakonan watak Hayati dalam filem ‘Babah’. - Foto INSTAGRAM CRISTINA SUZANNE

Pelakon Malaysia, Cristina Suzanne, mencatat sejarah manis dalam kerjaya lakonan apabila berjaya merangkul piala Anugerah Pelakon Paling Popular Asia pada Festival Filem Asia Kemboja Ketiga di Phnom Penh, Kemboja, pada 6 September lalu.

Cristina, atau nama sebenarnya, Cristina Suzanne Stockstill, 40 tahun, berkata kemenangan itu hasil lakonannya sebagai watak Hayati dalam filem Babah

Dalam satu laporan di laman web Berita Harian Malaysia (BHM), Cristina turut mendedikasikan kejayaan itu kepada seluruh tenaga kreatif dan anggota penerbitan filem berkenaan, sekali gus peminat yang menyokong kerjaya seninya.

“Anugerah ini saya tujukan khas buat keluarga Babah

“Saya bawa pulang kemenangan ini untuk Malaysia. Alhamdulillah,” katanya dalam satu hantaran Instagram yang dikongsi pada 7 September.

Pada malam anugerah berprestij itu, Cristina turut mencuri perhatian apabila tampil anggun dengan persalinan menawan.

Hantaran yang dikongsi Cristina di laman media sosial dibanjiri ucapan tahniah dan rasa bangga peminat termasuk teman seperjuangan.

Filem Babah arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim itu dianggap sebagai naskhah sarat emosi yang mengetengahkan kisah kekeluargaan, kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa.

Selain Cristina, filem yang ditayangkan pada 2024 itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Qi Razali, Sweet Qismina, Adam Lee dan Kis Aisha.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg