Premium
Cuba lontar suara soprano dalam irama metal simfonik
Feb 4, 2016 | 6:38 AM
KELUAR DARI ZON SELESA: Errynee Mohd Rizal yang sebenarnya lebih selesa dengan lagu balada menampilkan kelainan dengan vokal soprano pada lagu bergenre metal simfonik, Fitnah, yang akan dilancarkan Sabtu ini di Singapore Expo. - Foto JOHARI RAHMAT -
Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai penyanyi amatur berusaha merakam keratan 'single' sendiri kerana cinta pada bidang nyanyian. Ada yang tiada hasrat mengecap populariti. Sebilangannya pula melakukan demikian setakat mengabadikan kisah peribadi mereka. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) mendekati tiga individu berikut bagi menyelami sebab mereka melancarkan 'single'.
PAKAIAN dan dandanan yang digayakan Errynee Mohd Rizal, belia lulusan perniagaan daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central itu, tampak 'gelap' dan Gothik.

