Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dayang Nurfaizah rancang album genre Melayu asli

Feb 25, 2020 | 10:25 AM
Dayang berharap projek membuat album lagu Melayu asli akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Dayang berharap projek membuat album lagu Melayu asli akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Penyanyi Dayang Nurfaizah merancang menghasilkan album Melayu asli dan karya klasik sebagai hadiah buat peminat.

"Memang ada perancangan ke arah itu... Saya mahu melakukannya dan sentiasa merancang.

"Saya cuma berharap projek ini akan menjadi kenyataan, suatu hari nanti," katanya kepada BH Online Malaysia.

Khamis lalu, Dayang mengalunkan lagu Melayu asli pada konsert yang dibawa pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim, bagi meraikan persahabatan mereka selama dua dekad di Istana Budaya, di Kuala Lumpur.

Antara lagu yang dipersembahkan Dayang ialah Kesuma Jiwa, Bisikan Hati, Laksamana Raja Di Laut dan Tari Tualang Tiga.

Pada konsert itu, Rizalman turut mempersembahkan koleksi busana terakhir rekaannya untuk gedung dalam talian, Zalora.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg