Premium
Deepika mahu lakon filem Perancis, Iran
Nov 17, 2014 | 5:30 AM
INGIN LUAS PENGALAMAN: Deepika Padukone melahirkan hasrat dan kesediaan untuk bekerjasama dengan para pengarah filem Perancis dan Iran. - Foto AFP -
AKTRES jelita Deepika Padukone melahirkan kesediaannya bekerja di luar industri Bollywood.
Namun, ia tidak bermakna beliau berhasrat berlakon di Hollywood. Sebaliknya, pelakon berbakat besar itu ingin terlibat dalam projek filem Perancis atau Iran dan telah pun mengenal pasti pengarah yang ingin sekali beliau bekerjasama.

