SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Dr Muhaya tidak tolak muncul dalam filem Indo, ‘Keajaiban Air Mata Wanita’, demi ‘pencen kubur’

Dr Muhaya tidak tolak muncul dalam filem Indo, ‘Keajaiban Air Mata Wanita’, demi ‘pencen kubur’

Pakar motivasi sebak dengan babak anak dilanggar kereta, terkenang pengalaman peribadi kehilangan cahaya mata pada 2000
May 10, 2025 | 12:39 PM

Dr Muhaya tidak tolak muncul dalam filem Indo, ‘Keajaiban Air Mata Wanita’, demi ‘pencen kubur’

Pakar motivasi tersohor, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad, sebak dan tidak dapat menahan titisan air mata daripada membasahi pipi apabila menonton babak anak kecil dalam kereta sorong dilanggar kereta dan meninggal dunia dalam filem ‘Keajaiban Air Mata Wanita’. Ia mengingatkan pengalaman peribadinya kehilangan anak lelakinya yang terjatuh dan meninggal dunia pada 2000.
Pakar motivasi tersohor, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad, sebak dan tidak dapat menahan titisan air mata daripada membasahi pipi apabila menonton babak anak kecil dalam kereta sorong dilanggar kereta dan meninggal dunia dalam filem ‘Keajaiban Air Mata Wanita’. Ia mengingatkan pengalaman peribadinya kehilangan anak lelakinya yang terjatuh dan meninggal dunia pada 2000. - Foto BHM

Pakar motivasi tersohor, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad, tidak menunggu lama untuk bersetuju membuat penampilan istimewa dalam filem Indonesia, Keajaiban Air Mata Wanita, bagi tayangan di Malaysia yang dijangka menemui penonton sempena sambutan Aidiladha ini.

Dr Muhaya, ketika ditemui Berita Harian Malaysia (BHM) berkata bellau mengakui tertarik untuk terbabit kerana mesej dan jalan cerita filem itu selari dengan misi hidupnya yang sentiasa ingin membawa manusia lebih dekat kepada Tuhan.

“Saya apa sahaja yang bawa orang kepada Allah, saya sokong. Tiada keraguan langsung.

“Pada saya, ini satu peluang kerana misi hidup saya adalah untuk mencari ‘pencen kubur’ seperti memperoleh ilmu yang bermanfaat, menjadi anak soleh serta bersedekah.

“Bayangkan jika filem ini ditayangkan di seluruh dunia, saya dapat pencen akhirat. Walaupun mungkin pembabitan saya hanya tiga minit, tetapi itulah saham saya nanti,” katanya.

Momen paling menyentuh hati apabila Dr Muhaya tidak dapat menahan air mata ketika hadir sewaktu tayangan awal filem berkenaan pada 8 Mei.

Menurutnya, terdapat satu babak yang sangat dekat di hatinya hingga mengundang air mata.

“Masya-Allah, bila tengok salah satu adegan ketika seorang ibu sedang sibuk masukkan barang ke dalam kereta, kemudian tanpa disedari anaknya yang berada dalam kereta sorong dilanggar sebuah kereta, saya terus teringat kejadian hampir sama yang berlaku kepada saya.

“Anak saya meninggal dunia pada 2000 ketika saya membawanya membeli barang. Ketika kejadian, saya sedang masukkan barang ke dalam kereta, tiba-tiba satu-satunya anak lelaki saya jatuh.

“Saya cuba buat bantuan pernafasan (CPR), tapi meninggal walaupun saya seorang doktor. Jadi apabila menonton babak itu, saya pun menangis. Kebetulan Neelofa berada di sebelah saya, dia nampak saya menangis dan cuba tenangkan saya kerana dia tahu kisah saya ini dan ia dekat dengan saya,” katanya.

Hadir sama pada majlis tayangan perdana itu ialah penerbit filem berkenaan iaitu Pak Nasrullah yang juga kenalan rapat Dr Muhaya.

Filem Keajaiban Air Mata Wanita, lakonan Citra Kirana, Rezky Aditya dan Natasha Rizko, sudah ditayangkan di Indonesia pada 23 Januari lalu, dan meraih kutipan yang cukup memberangsangkan.

Ia mengisahkan tentang Kiki, seorang wanita yang kehidupannya berubah drastik selepas kematian suaminya, Ronald.

Kiki menghadapi pelbagai cabaran termasuk kehilangan pekerjaan, masalah kewangan, dan risiko kehilangan hak penjagaan anak perempuannya, Bunga.

Dengan sokongan sahabat baiknya, Rahma, Kiki berusaha untuk bangkit semula dan mencari kebahagiaan dalam hidupnya .

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg