Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Emma Maembong bernikah dengan juruterbang

Feb 20, 2020 | 02:17 PM



KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, Emma Maembong, 27 tahun, sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32 tahun, dalam satu majlis tertutup di Bukit Damansara pada pagi Khamis (20 Februari).


Di majlis yang dihadiri 300 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 ($669) dan senaskhah al-Quran, selain tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.

Wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.


Selain adik-beradik Emma seperti Chacha Maembong, rakan artis lain yang hadir termasuk Mawar Rashid, Alvin Chong, Aprena Manrose dan Oktovia Manrose.


Anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Ezuwan Ismail, Emma atau nama penuhnya, Fatimah Rohani Ismail, bersyukur perancangan sejak beberapa bulan lalu lancar.


“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah.


“Semoga permulaan fasa baru ini akan terus mematangkan saya dan suami... Insya-Allah,” katanya.


Berkongsi detik perkenalan, Emma berkata beliau dan suami bersua buat kali pertama pada 2017 ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi pelakon Uqasha Senrose.


Namun, ketika itu, mereka hanya berborak kosong dan tidak pernah menjangka akan berlaku apa-apa.


“Sehari selepas berjumpa, suami ada melayangkan mesej di Instagram (IG). Namun, saya tidak sedar. Hanya pada suatu hari pada 2018, baru saya perasan mesej yang dihantarnya itu.


“Ketika itu, kami hanya berbual biasa termasuk soal kucing. Perbualan itu bagaimanapun berakhir begitu saja.


“Dipendekkan cerita, pada 15 Julai tahun lalu, kami berhubung semula di IG. Kali ini, interaksi itu lebih jelas dan masing-masing bertukar nombor telefon.


“Seminggu selepas itu, dia mahu jadikan saya sebagai kekasihnya. Minggu berikutnya, dia bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya sebagai isteri,” kata pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu.


Emma mengaku sikap, kesungguhan dan keberanian Muhammad Shazli antara yang memikat hatinya.


“Dia tak mahu membuang masa dalam hubungan ini. Saya juga mahu perkara sama. Semuanya bagai tersusun cantik. Dia lelaki yang mementingkan keluarga, agama dan matang.


“Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah,” katanya.


Sementara itu, Muhammad Shazli mengaku kagum dengan sifat isteri yang rajin bekerja selain memiliki kecantikan semula jadi.


Pasangan tersebut belum merancang destinasi berbulan madu dan tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak secepat mungkin.


Pada 6 Mac, majlis berinai akan dianjurkan. Sehari selepas itu, pasangan itu akan diraikan pada majlis resepsi di Putrajaya. - Berita Harian Malaysia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >