Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Farid Kamil didenda RM5,000, lepas hukuman penjara

Nov 30, 2022 | 4:19 PM
Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan menggunakan ganja, empat tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan akhirnya.
Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan menggunakan ganja, empat tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan akhirnya. - Foto: UTUSAN

PUTRAJAYA: Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan menggunakan ganja, empat tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan hari ini (30 November) membenarkan rayuan akhirnya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md. Said sebulat suara mengetepikan hukuman penjara tersebut dan menggantikannya dengan denda RM5,000 ($1,530).

Denda itu bagaimanapun dijelaskan oleh kaum keluarga yang turut hadir mengikuti prosiding tersebut termasuk isterinya Diana Danielle dan adiknya Fadzil Zahari.

Hakim Kamaludin yang turut bersidang Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk See Mee Chun turut mengekalkan perintah pengawasan selama dua tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret.

"Farid Kamil Zahari, kamu hanya didenda RM5,000 dan dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan jika gagal bayar denda kamu kena penjara enam bulan lagi," ujar beliau.

Sementara itu, pelakon Remp-It 2 tersebut ketika ditemui wakil media sejurus selesai membayar denda meluahkan rasa bersyukur dengan keputusan tersebut yang disifatkan terbaik untuk dirinya.

Sambil berterima kasih kepada barisan peguam bela yang mewakilinya, Farid Kamil gembira kerana kes telah selesai di peringkat rayuan dan kini beliau boleh menumpukan perhatian kepada pengambaran filem-filem seterusnya.

"Sekarang ini saya terlibat dengan pengambaran filem berjudul 'Anwar' yang kini di peringkat akhir dan dijangka ditayangkan pada Februari 2023," ujarnya. - Utusan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg