Walaupun beberapa kali cuba menyanyikan lagu yang luar daripada zon keselesaannya, Farras Qushayyi, 28 tahun, dapati usaha beliau itu masih tidak dapat dihargai oleh segelintir orang.

Menurut Farras, dari minggu satu hingga minggu ketiga dalam Anugerah 2026, beliau telah cuba memilih lagu seperti ‘Sejarah Mungkin Berulang’ (nyanyian asal New Boyz), ‘Di Matamu (nyanyian asal Sufian Suhaimi) dan ‘Seribu Tahun’ (nyanyian asal Imran Ajmain) yang tidak beliau selesa sepenuhnya.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti