Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Filem 'The Revenant' dinobat filem terbaik

Anugerah Golden Globe 2016 menyaksikan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet rai kemenangan
Jan 11, 2016 | 2:58 PM
PENCAPAIAN CEMERLANG: Pengarah, Alejandro González Iñárritu (kiri) yang memenangi anugerah Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik untuk filem 'The Revenant' kelihatan bergambar bersama pelakon, Leonardo DiCaprio, yang membintangi filem tersebut dan memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik. Majlis Anugerah Golden Globe ke-73 berlangsung hari ini di Hotel Beverly Hilton di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat. - Foto AFP
PENCAPAIAN CEMERLANG: Pengarah, Alejandro González Iñárritu (kiri) yang memenangi anugerah Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik untuk filem 'The Revenant' kelihatan bergambar bersama pelakon, Leonardo DiCaprio, yang membintangi filem tersebut dan memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik. Majlis Anugerah Golden Globe ke-73 berlangsung hari ini di Hotel Beverly Hilton di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat. - Foto AFP -

FILEM 'The Revenant' telah dinobatkan sebagai Filem Drama Terbaik sementara filem 'The Martian' pula diangkat sebagai Filem Komedi atau Muzikal Terbaik di majlis penyampaian Anugerah Golden Globe ke-73 yang berlangsung di Hotel Beverly Hilton, Los Angeles, hari ini.

Acara itu juga menyaksikan pengarah Alejandro González Iñárritu dipilih sebagai pengarah terbaik menerusi filemnya, 'The Revenant'.

Pelakon, Leonardo DiCaprio, yang melakonkan watak Hugh Glass dalam 'The Revenant' pula dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik manakala Brie Larson yang membawa watak Ma dalam 'Room' dipilih sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

Ia adalah kemenangan Golden Globe kali ketiga untuk DiCaprio, pelakon berusia 41 tahun itu, selepas perananya dalam filem The Wolf of Wall Street pada 2013 dan 'The Aviator' pada 2005.

Pelakon Matt Damon pula meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik bagi kategori Komedi atau Muzikal melalui filem 'The Martian' sementara Jennifer Lawrence memenangi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem 'Joy'.

Pelakon, Kate Winslet, turut merangkul anugerah Pelakon Wanita Pembantu Terbaik menerusi filem 'Steve Jobs' dan Sylvester Stallone pula memenangi Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik menerusi lakonannya dalam filem 'Creed'.

Bagi kategori televisyen, 'Mr Robot' dipilih sebagai Drama Bersiri Terbaik manakala 'Mozart in The Jungle' sebagai Komedi Bersiri Terbaik.

Keputusan penuh Anugerah Golden Globe 2016 boleh didapatkan di http://www.goldenglobes.com/

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg